Alif Aiman Alif Aiman: Aku dan DOTS

Bukan cerita untuk puaskan hati kau.

Followers

Saturday, July 16, 2016

Aku dan DOTS


Ya, DOTS, Descendants of the Sun, drama Korea yang jadi bualan remaja sebaya aku terutamanya gadis2 yang gilakan lelaki mata sepet. Jap, apa kes permulaan blog nak cerita tentang drama Korea ? Mamat KPOP ke ? Bukan, cumanya nak kongsi apa aku rasa lepas tonton drama Korea kedua dalam hidup aku selepas The Strange Housekeeper (yang ni aku tengok pun sebab join ibu waktu tu awal2 ada channel Korea dekat Astro) Ya, aku bukan jenis yang layan sangat hiburan dari Korea Selatan ni melainkan rancangan realitinya macam Running Man. Itu pun untuk jadi ubat melupakan stress. Dengan lihat gelagat bodoh-bodoh sengal Kwang Soo sahaja, dah cukup buat stress aku hilang sekejap.

Hati terdetik nak cuba tengok DOTS ni pun selepas terbaca artikel yang mengatakan bahawa Kerajaan Thailand menggalakkan rakyatnya menonton DOTS untuk suburkan semangat patriotisme. Nak juga tengok apa yang menarik sangat sampai Perdana Menteri Thailand pun sarankan drama ni. Ada beberapa filem baru yang ada jarum-jarum halus patriotisme berjaya tarik perhatian aku sebelum ni. Ola Bola misalnya. Dalam filem ni, walaupun unsur kenegaraan tu tidaklah ditunjukkan secara "direct" tapi mesejnya agak jelas.

Baru-baru ni pula, ada satu drama baru di TV3 dengan tajuk "Sayangku Kapten Mukhriz" Baca tajuk pun sudah cukup nak buatkan diri aku hantuk kepala ke dinding. Mungkin terlalu awal untuk buat ulasan tentang drama ni tapi dua episod awal ni dah buatkan aku bagi tanggapan negatif untuk drama ni. Mana tidaknya, watak perempuan dalam drama ni adalah seorang doktor tapi perilakunya tak habis-habis mengendap si askar. Macamlah doktor tiada pesakit sampai ada masa yang begitu banyak untuk ushar si askar. Menyirap juga la bila digambarkan watak doktor macamtu. Berbeza dengan DOTS, heroinnya doktor dan heronya askar juga *takpasti siapa tiru siapa* tapi caranya menyampaikan bagaimana tugas doktor yang sangat sibuk tu nampak "real" Contohnya, ada satu babak yang tunjuk pasangan ni kena batalkan "date" sebab ada kecemasan dah cukup untuk nampakkan drama ni "real". Ceritanya pun banyak tunjukkan bagaimana tugas doktor & askar dalam aktiviti sukarelawan. Bukannya aku nak merendahkan drama tempatan walaupun hakikatnya mereka yang merendahkan diri mereka sendiri tapi cubalah jadikan drama tu lebih nampak "real" berbanding dengan cerita cliche anak Dato' kaya raya, kahwin paksa, akhirnya jatuh cinta. Aku rasa hampir semua plot cerita yang ditayangkan di slot ni sama. Dulu ada la jugak yang lain dari yang lain seperti Manjalara , Spa Q tapi harini ? Semuanya sama dan mual. Bukannya bersikap "Kera di hutan disusukan, anak di rumah diabaikan" tapi soalnya, siapa yang lebih layak dapat susu ?


Ini cerita aku.

2 Komen :

  1. Drama Melayu dulu best best, seriously best gila. AT least scene businessnya menyakinkan, ada tema kekeluargaan, lebih dekat di hati sekalipun tentang orang kaya-raya. Kau akan nampak macam-macam kat situ. Sebenarnya pada aku drama Korea dulu yang amat tak best. Tapi sekarang terbalik pula. Drama Melayu sekarang semuanya hampeh, takde substanstial plot line, pelakon ambik sebab rupa je, setiap kali tertengok kat TV3 tu mesti pelakon-pelakonnya kayu. Penerbit dan director pula main rembat je adaptasi novel yang entah apa-apa. Paling aku sakit hati, ada penulis berlatar belakangkan kerjaya/education science/law, tapi cerita yang diolah masih lagi bertema kahwin paksa dengan anak dato' pastu jatuh cinta. Kalau penulis lulusan sastera pun aku tak boleh terima buat cerita kahwin paksa yang macam tu dengan bahasa yang entah apa-apa grammar Melayu lintang pukang, English lagilah entah ke mana, apatah lagi budak science. Pastu paling bodoh boleh pulak perempuan melayu pegi trendingkan cerita-crita bongok macam tu kat twitter, no offense aku pun perempuan tapi aku rasa sakit hati gila melihatnya. DOTS yang popular gila tu pun sebenarnya pada aku boleh dikategorikan sebagai overrated kalau nak dibandingkan dengan kdrama yang lain, DOTS tak dapat kot Best Drama Award kat sana, tolongah best drama award goes to cerita yang bertemakan crime thriller dengan 5% je cinta, bandingkanlah evaluation expert kat sana dengan sini. Tapi at least dorang tak buat drama dengan cincai, berani buat sesuatu yang lari dari kebiasaan. Melayu pulak dahlah penulisnya perempuan, makin menjahanamkan perempuan itu sendiri! Perwatakan sadis/gedik melampau/muslimah kononnya tapi ada pulak adegan terlanggar pastu lelaki tu sambutkan/etc etc watak perempuan menyebabkan aku rasa perempuan kena downgrade oleh perempuan sendiri. Ni aku setuju dengan apa kata lelaki melayu - 'Nak sangat kena rogol dengan CEO hensem dan kaya-raya kena rogol dengan mamat entah apa-apa baru padan muka!'
    Kahwin sebab wasiat kalau tak kahwin dengan pilihan nenek tak dapat harta konon. Kalau aku,aku pergi mahkamah syariah. Settle.

    ReplyDelete
  2. Tapi Drama kita tetap menjadi pilihan ramai. Atau sebab kita dah tiada pilihan lain ?

    ReplyDelete