Alif Aiman Alif Aiman: Aku dan Kolej MARA Kulim

Bukan cerita untuk puaskan hati kau.

Followers

Tuesday, July 19, 2016

Aku dan Kolej MARA Kulim

Lihat sahaja Kulim di tajuk entri, mungkin ada yang terbayang sawah padi. Mana tidaknya, negeri jelapang padi kot. Tapi sejujurnya, hampir setahun aku di Kulim, takpernah sekali pun nampak sawah (takpasti sama ada aku yang jarang keluar atau memang tiada sawah di Kulim) Tapi bukan indah sawah yang ingin aku gambarkan, bukan juga cerita hama padi yang ingin diterangkan tapi secebis pengalaman yang ingin aku kongsikan. Ya, kalau ada yang pernah baca blog ni sebelum Ops Cuci dilakukan, aku ada kongsikan yang aku akan ke Kolej MARA Kulim untuk melalui Program Persediaan Ijazah Luar Negara di bawah tajaan MARA. Punyalah teruja waktu tu. Tapi itu setahun yang lepas...


Sumber; Google

Sama seperti pelajar lepasan matrik, asasi dan sewaktu dengannya yang sedang habiskan masa cuti di rumah, aku pun tergolong salah satu darinya. Tapi cuti aku tidaklah nampak sia-sia, ada lah juga duit masuk melalui manfaat Internet ni (akan aku kongsikan di entri lain) Berbalik kepada niat asal entri ni, aku cuba nak kongsikan kepada bakal junior yang mungkin terdetik hati atau terpaksa ke program ini, sedikit gambaran tentang program ni. Waktu aku dulu, gigih juga la nak cari maklumat tentang program ni memandangkan program ni masih baru dan mentah. (Fakta; kami adalah batch kelima program ni dan batch kedua yang majoritinya bakal pelajar USM-KLE)

Nama diberi Program Pra-Universiti Universiti Sains Malaysia (Pra-U USM) Memang diakui agak berbelit nama program ni sebab ada beberapa kali aku jadi pengacara majlis dan lidah terbelit bila perlu sebut nama program ni berulang kali. Ada beberapa program lain yang ditawarkan di Kolej MARA Kulim tapi yang jadi fokus utama, program yang aku lalui sendiri. Takkan nak cerita program orang pula kan ? Aku dan 120 orang rakan yang lain dibahagikan kepada dua kategori ; bakal pelajar USM-KLE & bakal pelajar USM tempatan(local). Kalau kau rajin Google sikit, kau dapat tahu yang USM-KLE ni kampus pesisir USM di Belgaum, India dan USM local ada beberapa cawangan di Malaysia (google la sendiri, takkan semua nak suap) Ye, aku salah seorang bakal pelajar USM-KLE. Untuk pengetahuan, USM-KLE hanyalah untuk pelajar perubatan manakala USM local untuk mana-mana bidang yang ditawarkan USM. Tapi modul & suasana pembelajaran kami di Kolej MARA Kulim tiada langsung bezanya. Subjek, asrama & kelasnya semua sama. Bercakap tentang asrama, kami agak malang memandangkan kami program terakhir mendaftar, jadi kami ditempatkan di asrama yang paling hujung sekali. Kau bayangkan, aku daftar waktu bulan Ramadhan dan kelas sampai 430 petang. Tambah pula, panas di Kulim memang taknak kalah. Turun naik tangga waktu bulan puasa dengan panasnya hampir buat aku nak berhenti belajar. Mujur setiap kali sampai kelas, ada satu mural yang tertulis "Jika engkau tak tahan lelahnya belajar, maka kau perlu tanggung pedihnya kebodohan" (Imam Syafie) Setiap kali nampak mural ni, ada jarum yang seolah mencucuk-cucuk supaya semangat belajar tu datang balik. Maka, aku gagahkan juga la.

Subjek yang kami hadap hampir setiap hari ada 5. Biologi, Fizik, Kimia, Matematik & Bahasa Inggeris. Semuanya akan dikira dalam pointer kecuali Bahasa Inggeris yang mana merupakan platform persediaan untuk kami lalui MUET atau IELTS. Dibahagikan kepada 3 kelas kuliah yang kemudiannya dipecahkan kepada 4 kelas tutorial. 121 bahagi 12, ya, agak selesa berbanding dengan asasi lain & matrik yang agak ramai. Berkenaan modul subjek, kalau ikut kata pensyarah kami, kami perlu bersyukur sebab silibus kami agak ringkas dan mudah berbanding asasi & matrik. Itu aku takdapat nak kata apa sebab aku takpernah lalui program lain. Tapi mungkin ya berdasarkan keputusan majoriti batch aku agak memuaskan.


Sumber; Google

Untuk pelajar USM-KLE bagi sesi aku, ada beberapa syarat untuk kami sambung ijazah ;
1. CGPA 3.5 dan keatas
2. MUET sekurang-kurangnya Band 3 atau 4 (aku takpasti sebab aku ambil IELTS) atau IELTS Band 6.5
3. Lepas ujian temuduga
4. Menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN)

Untuk pelajar USM local, syaratnya bergantung kepada kursus yang kau nak pohon.

Itu dari segi mekanisme pembelajaran, untuk liku hidup harian di Kolej MARA Kulim, boleh lah kau andaikan seperti MRSM 2.0. Ya, memang hampir sama, pagi sampai petang kelas, makan di Dewan Selera percuma, ada hari outing tertentu dan sewaktu dengannya. Cuma kau tak perlu pakai uniform. Itu je bezanya. Memang awalnya memberontak juga lah sebab aku dah lima tahun ulang rutin sama di MRSM, masuk kolej pun ulang balik. Boleh tahan mental juga bila tengok member kau upload gambar di Instagram dengan hidup yang kurang terkongkong di asasi universiti. Tapi makin hari, makin lali. Alah bisa, tegal biasa kata orang melayu. Ada baiknya juga kondusi sebegini sebab ukhuwah antara kami agak kuat. Mana taknya, 121 orang tidak la ramai mana, hadap pula muka yang sama hampir 24 jam, nak taknak, itulah keluarga kecil kau.


10 bulan bersama mereka memang banyak pahit manis. Tapi pahit manis tu belum terhenti sebab aku akan hadap majoriti insan yang sama buat 5 tahun lagi, In Sha Allah. Buat yang ke USM local, bukan bermakna terpisah beribu batu India & Malaysia, ukhuwah kita juga terpisah. Sebab aku yakin dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi "Absence makes heart grow fonder"



Ini cerita aku.

1 Komen :

  1. Assalamualaikum hai. I want to ask, is it all the pre usm students with mara eduloan have the chance to join USM kle programme ?

    ReplyDelete