Alif Aiman Alif Aiman: Aku dan Olimpik

Bukan cerita untuk puaskan hati kau.

Followers

Tuesday, August 23, 2016

Aku dan Olimpik

Aku bukanlah orang-orang sukan secara teknikalnya. Apatah lagi seorang atlet (atlet renang berirama atas katil, ye itu aku power) Tapi aku memang selalu ikuti sukan-sukan mega yang ada pelbagai acara atau omputeh kata multi-event. Aku memang tak berapa follow up sangat World Cup, UEFA ke apa semua tu. Tapi Olimpik, Komanwel, Sukan Asia, ya itu aku follow. Entah kenapa, mungkin sebab itu memang sejak azali. Orang melayu kata, rambut sama hitam, hati lain-lain, pilihan menonton pun lain lah ! Ini kebebasan menonton !

Sumber; Google
Olimpik 2016 sudah pun sampai ke penamatnya. Dengan tuan rumahnya, Rio de Jenairo, Brazil. Kalau nak ikut banyak cerita kurang enak dari segi penganjurannya berbanding cerita yang indah. Korupsi lah, fasiliti sukan yang siap cukup-cukup masa, kolam warna hijau. Ehh banyak lagi lahh. Tapi satu penghargaan perlu diberi kepada Brazil kerana berjaya anjurkan acara mega ini tanpa masalah yang mega besar. Maksud di sini, tiada la sampai kena batal Olimpik ni, kena boikot atau apa-apa yang menyebabkan meriahnya Olimpik ni terpadam. Lagi pula mereka baru tak baru sahaja anjurkan FIFA World Cup. Memang makan perbelanjaan yang besar.

Secara peribadi, aku betul-betul follow Olimpik ni sejak dari Beijing 2008. Tapi masa tu yang paling aku ingat aku tengok final Badminton Dato Lee Chong Wei di sebuah kedai makan sebab masa tu ada makan malam anjuran syarikat ayah. London 2012 ni nampak aku gigih sikit sebab halangan sebagai pelajar asrama. Bila balik, cari balik acara yang terlepas di Youtube (masa ni London 2012 ada channel Youtube sendiri) Dan sekarang Rio 2016, diberi peluang untuk tonton hampir semua acara sebab tengah bercuti. Betul-betul hujung cuti pula tu. Aku syak ini salah satu konspirasi suruh aku bersukan lepas ni.

Sumber; Berita Harian
Bukanlah aku nak komen dari prestasi atlet atau gaya permainan sebab aku bukan pakar tapi nak kongsi apa bezanya dua minggu Olimpik ni dengan hari-hari biasa. Pertamanya, Olimpik berjaya satukan rakyat Malaysia tak kira berbeza agama, bangsa mahupun ideologi politik. Masa ni kau boleh tengok Melayu, Cina, India bertepuk bersorak. Lagi-lagi kalau kau tengok kat kedai mamak, bila bulu tangkis keluar gelanggang, kedai mamak tu dah macam Dewan Filharmonik Petronas (entah macamana eja) ada koir serentak je semua "OUTTTTT" Power tak power ? Walaupun semangat ni mungkin kekal selama 2 minggu Olimpik sahaja tapi harapnya dibawa lama sebab Hari Kebangsaan pun makin hampir. Kedua, jangan putus asa selagi kita belum tewas. Melihat semangat atlet yang bersungguh nak dapatkan kemenangan untuk negara masing-masing cukup buat aku terharu. Takpernah ada rasa mengalah dalam diri mereka. Ada satu acara waktu Rio ni yang dua peserta saling tolong-menolong untuk habiskan larian tapi aku tak ingat negara mana tapi yang pasti peserta perempuan. Hehe. Ketiga, masa ni kau boleh tengok norma anak muda yang sebelum ni tak habis-habis dengan artis tukar angin kepada atlet. Sokongan tu penting ! Menang kalah adat pertandingan.

Sumber; Google
Walaupun tempoh menunggu pingat emas bertambah dari 60 tahun kepada 64 tahun, tapi 2016 merupakan Olimpik terbaik buat negara kita. 4 perak & 1 gangsa. Siapa sangka, ada wakil yang dikata "underdog" pun boleh dapat pingat ? Tipulah kalau kata tak kecewa lihat Dato Lee Chong Wei tamatkan Olimpik beliau dengan Perak, tapi itu yang terbaik dari beliau. DLCW lagi kecewa kot, 3 kali cubaan beb ! Rio 2016 juga lain bagi aku sebabnya ramai juga lagenda sukan era milenia buat penampilan terakhir. Usain Bolt, Michael Phelps, Lin Dan & hero kita, Dato Lee Chong Wei. Semua aksi mereka tak dapat dilihat lagi lepas ni. Rio 2016 juga lain sebab pertama kali ada pasukan khas untuk wakil pelarian. Bukan acara larian ! Ini pelarian perang tu. Dalam waktu sekarang ramai pelarian ditindas dan diendah tapi tidak untuk Brazil.

Sumber; Institut Sukan Negara
Dari Rio kita bakal ke Tokyo. Atlet kita sudah bersedia untuk teruskan buruan emas pertama negara ? Formula YB Khairy Jamaludin dalam program PODIUM akan bertemu hasil atau tidak ? Ini semua akan terjawab 4 tahun lagi. Kalau tengok preview dari Tokyo waktu penutup Rio 2016 memang buatkan aku rasa nak menabung dari sekarang untuk pergi Tokyo 2020 nanti. Tokyo dah bagi hint penggunaan robot & animasi. Memang selangkah kehadapan betul negara matahari terbit ni. Tapi tu tak bermakna ketidakpuasan hati aku bahawa Skuasy tiada di Tokyo 2020 terpadam !


Ini cerita aku.

0 Komen:

Post a Comment